Friday 8 July 2011

RAMADHAN DATANG LAGI..........SUDAHKAH KITA BERSEDIA???

Pejam celik pejam celik, tanpa disedari kita didatangi lagi oleh tetamu yang sangat mulia iaitu bulan RAMADHAN, bulan yang penuh dengan barakah. Bulan dimana diturunkan Al-Quran. Mukjizat Teragung Nabi Muhammad SAW khusus buat tatapan umat akhir zaman.

Namun, sudahkah kita bersedia untuk menerima kedatangannya? Sudahkan kita bersedia secara mental dan fizikal? lebih-lebih lagi rohani kita? Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai pencetus untuk kita terus melakukan kerja-kerja ammar ma'ruf, serta amalan-amalan yang baik.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri sebelum ketibaan tetamu yang mulia ini, serta berazam agar Ramadan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Anggaplah Ramadhan kali ini seperti Ramadhan yang terakhir untuk kita, kerana kita tak pasti sama ada kita akan bertumu dengan tetamu yang mulia ini pada tahun akan datang.  

KULLU 'AMM WA ANTUM BI KHOIR