Sunday 4 November 2012

Sometimes.....

Kadangkala orang yang menyintaimu
adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya padamu..
Kerana orang itu takut
kamu berpaling dan menjauhi dirinya.

Dan bila disuatu masa
dia hilang dari pandanganmu...
Kamu akan  menyedari
dia adalah Cinta yang tak pernah kamu sedari..

--------------------------------------------------

Apabila rindukan seseorang
doakan yang baik-baik untuk dirinya....

Friday 19 October 2012

#The Glorious Quran#

"Dan barang siapa yang menta'ati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yg dianugerahi ni'mat oleh Allah...."
QS: 4:69


Wednesday 17 October 2012

Let's Reflect ourselves

" Hai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar "

QS: 33:70-71




Friday 12 October 2012

Rintihan jiwa

Tanpa disedari....terlalu pantas masa berlalu....
dengan sekelip mata sahaja...
semuanya menjadi memori
dengan sekelip mata sahaja...
semuanya menjadi mimpi ngeri
dengan sekelip mata sahaja....
semuanya menjadi pengalaman, suka duka yang tak akan dapat dilupakan.

sesungguhnya yang sempurna itu adalah milik Allah semata2...

~percayalah,datangnya ujian dan dugaan itu adalah hembusan kasih sayang dariNYA...


"YaAllah...tabahkan hatiku untuk mengharungi semua ujianMu" 



Saturday 6 October 2012

MAAFKAN AKU

Setiap manusia, tak lepas dari melakukan  kesilapan :(
ku mohon seribu kemaafan andai selama ini secara tak sengaja telah menyakiti hatimu.

Monday 16 April 2012

JOM MUHASABAH

Bismillah.

Setelah sekian lama menyepi kerana kesibukkan dunia yang sentiasa menanti untuk disegerakan pelaksanaannya, alhamdulillah kini berpeluang untuk mencoret sesuatu yang dirasakan amat menarik untuk dijadikan tatapan dan pengajaran buat hamba yang serba kekurangan ini.


Ketika sedang khusyuk membaca, hamba sangat tertarik pada sepotong firman Allah yang bermaksud mafhumnya : "Neraka Allah menjadi tempat kembali bagi orang2 yang melampai batas"

Allah.....sangat terkedu dan gerun bila memikirkan dosa yang dilakukan. Terfikir sejenak, adakah amalanku ini telah benar-benar mengikuti syariat Islam?

Jom Muhasabah...