Friday 8 July 2011

RAMADHAN DATANG LAGI..........SUDAHKAH KITA BERSEDIA???

Pejam celik pejam celik, tanpa disedari kita didatangi lagi oleh tetamu yang sangat mulia iaitu bulan RAMADHAN, bulan yang penuh dengan barakah. Bulan dimana diturunkan Al-Quran. Mukjizat Teragung Nabi Muhammad SAW khusus buat tatapan umat akhir zaman.

Namun, sudahkah kita bersedia untuk menerima kedatangannya? Sudahkan kita bersedia secara mental dan fizikal? lebih-lebih lagi rohani kita? Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai pencetus untuk kita terus melakukan kerja-kerja ammar ma'ruf, serta amalan-amalan yang baik.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri sebelum ketibaan tetamu yang mulia ini, serta berazam agar Ramadan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Anggaplah Ramadhan kali ini seperti Ramadhan yang terakhir untuk kita, kerana kita tak pasti sama ada kita akan bertumu dengan tetamu yang mulia ini pada tahun akan datang.  

KULLU 'AMM WA ANTUM BI KHOIR

Sunday 19 June 2011

Pengorbanan.

Pengorbanan seorang ayah tidak ternilai dengan wang ringgit. Tidak ternilai juga dengan kata-kata.
Ayah, walau kami selalu menyusahkan ayah, tapi ayah tidak pernah jemu mendidik kami adik beradik. Ayah tidak pernah kenal erti putus asa dalam mencari nafkah untuk kami semua.
Ayah, jasa dan pengorbananmu tidak akan kami lupakan.
Kami cuba untuk menjadi anak-anak yang baik. Namun kami masih tak telepas dari membuat kesilapan, dan dengan tidak sengaja kami telah melukai hati ayah. Ayah maafkan kami.
Ayah kesilapanmu itu menjadi satu pengajaran bagi kami untuk kami mempersiapkan diri kami nanti.
Ayah, Ayah tetap Hero kami, dulu kini dan selamanya. Terima kasih ayah

Wednesday 8 June 2011

Ragam manusia

Hari ini aku berdepan dengan berbagai macam ragam manusia.
ada yang marah, sedih, gembira dan ada juga yang langsung tak boleh bertolak ansur dalam segala hal.

Apa yang aku ingin kata kan disini ialah MANUSIA itu tidak sempurna "No One Is Perfct"
Hanya kesabaran serta ketaqwaan yang membuat manusia itu berfikiran waras.
ada satu peristiwa yg berlaku hari ini dimana mereka saling salah menyalahkan antara satu sama lain.
Salah siapa? Wallahu'alam. Adakah menjadi kesalahan jika kita berniat ingin menolong? Entahlah, Sedih rasenya bila mengenangkan peristiwa yg berlaku.

Ada seorang sahabat berkongsi kesedihannya dgn memberi peringatan kepada ku, namun pada hakikatnya peringatan itu adalah untuk dirinya sendiri. Katanya jika kita menghadapi masaalah atau kesedihan, tempat yang paling utama untuk kita meluahkan apa yang kita rase ialah ALLAH, jangan sesekali kita membelakangkan ALLAH dalam segala hal, tapi itu lah yang berlaku. Manusia lupa bahawa ALLAH Maha mendengar segala rintihan hambanaya.

Minta lah pada ALLAH, mengadulah pada ALLAH, Sesungguhnya ALLAH suka mendengar suara hamba2NYA merintih mengadu memohon kepadaNYA.

Ingatlah bahawa setiap kebaikkan itu datang dari Allah, dah kelemahan kita dari diri sendiri, namun pada hakikatnya semuanya datang dari ALLAH.
Firman Allah dalam surah AN-NISA' ayat 78 maksudnya :

" Di man apun kamu berada,kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di menara yang paling tinggi dan kukuh. Jika mereka mendapat kebaikkan, mereka mengatakan ia datang dari ALLAH, dan jika mereka ditimpa musibah, mereka mengatakan, ini semua dari engkau(Muhammad). katakanlah: " Semuanya datang dari Allah." Maka mengapakah orang-orang (munafiq) itu hampir-hampir tidak memahami sedikit pun?"

Sunday 29 May 2011

KAWAN

KAWAN BERTAHUN KITA BERSAMA
BAGAI SEMALAM BARU BERJUMPA
KAWAN DIHADAPAN OH INDAHNYA
KITA BERSAMA BERKELANA

NAMUN KITA JAUH DI DUNIA SENDIRI
BEKALAN SENDIRI, IMPIAN SENDIRI
MESKIPUN JAUH NAMUN
KITA TETAP BERSAMA
DEK RUWANG YG MEMISAHKAN KITA


KAWAN HIDUP INI UMPAMA LANGIT YG TIDAK SELALU CERAH
KAWAN HIDUP INI UMPAMA AWAN YG TIDAK SELALU PUTIH

INGATLAH BINTANG2 DI LANGIT, TAK AKAN TERUS BERKELIPAN
INGATLAH PELANGI YG INDAH, PASTI AKAN HILANG

KAWAN JGN BIARKAN DIRIMU,
SEPERTI RAMA-RAMA CANTIK NAMUN AKHIRNYA
MENJADI PERHIASAN DI DINDING
KAWAN JGN BIARKAN DIRIMU UMPAMA LIPAN DAN KALA
BERBISA NAMUN AKHIRNYA MENJADI PERHIASAN DI MEJA TULIS

OH KAWAN JADILAH SEPERTI MATAHARI MEMBAKAR DIRI DEMI INSAN SEJAGAT
KAWAN JADILAH SEPERTI BULAN PURNAMA MENERANGI MALAM YG GELAP GELITA
MENUNJUKKAN JALAN DEMI UMAT SEMESTA

Love and Miss u all my Friend : Angah, kak Ma, Kak Syahid, Naya, Zakiah dan lain2